Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua, dapat saya memberikan sedikit ucapan alu-aluan dalam blog Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bandar ini, Kau yang Teristimewa.
Pendidikan adalah wajib untuk semua kanak-kanak, dan sehubungan dengan itu, anak-anak dengan keperluan khas juga berpeluang mendapatkan pendidikan yang sewajarnya sama seperti kanak-kanak yang lain. Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar adalah merupakan suatu program yang terulung dalam daerah Batu Pahat. Kelas ini telah mula beroperasi pada 1 Julai 1996 setelah berpindah dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Lim Poon. Pada mulanya kami hanya disediakan dengan sebuah bangunan kosong yang mempunyai empat ruang bilik dan sebuah bangunan tandas. Alhamdulillah, dengan kerjasama pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan individu, PPKI telah dapat dilengkapkan dengan berbagai-bagai kemudahan dan kelengkapan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi anak-anak dengan keperluan khas dalam kelas kami.
Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar blog ini dapat menjadi wadah yang dapat mengongsikan maklumat mengenai info-info semasa mengenai Pendidikan Khas amnya dan aktiviti-aktiviti murid-murid PendidikanKhas di Sekolah Kebangsaan Bandar amnya.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa; semoga dengan usaha murni ini dapat diteruskan dengan kemajuan dan kejayaan anak-anak dengan keperluan khas dalam menghadapi keadaan global semasa.
Sekian,terima kasih.
Hajah Saniah binti Muslimin
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Bandar
No comments:
Post a Comment