Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bandar telah
ditubuhkan pada 1 Julai 1996. Pada peringkat awalnya kelas KKBP ini telah
dimulakan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Batu Pahat mulai
tahun 1993. Kelas PPKI ini dianggotai oleh 10 orang murid dengan seorang guru
iaitu En.Shuib bin Samaon. Apabila En.Shuib berpindah ke Sekolah Menengah Kolam
Air, program KKBP diambil alih oleh Pn.Lim Cheat Moi. Pada tahun 1994 En. Ismail
bin Hassan salah seorang guru KKBP dari SK Telok Gadong Klang telah berpindah ke SRPK Batu
Pahat. Beliau telah mengambil alih program KKBP dari Puan Lim. Memandangkan
bilangan murid bermasalah pembelajaran ini semakin bertambah ramai, dua orang
guru lagi telah ditempatkan ke dalam program ini iaitu En.Sulaiman bin
Hj.Abu dan Cik Saniah binti Muslimin
menjadikan bilangan gurunya tiga orang dengan tujuh belas orang murid.
Oleh kerana kekurangan bilik darjah program PPKI ini
telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bandar mulai 1 Julai 1996. Bilangan
guru juga bertambah menjadi 6 orang dengan seorang guru agama khas. Selaras dengan pertambahan murid pada tahun 1997 bilangan
guru bertambah menjadi 9 orang dengan murid seramai 36 orang.
Buat masa sekarang murid dalam program PPKI SK Bandar seramai 38 orang dengan
gurunya seramai 12 orang. Murid pendidikan khas masalah pembelajaran ini
dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu 2 kumpulan pelajar asas, 3 kumpulan
peringkat pertengahan dan satu kumpulan lagi ialah kelas bagi murid bermasalah penglihatan. Program ini juga telah menjalankan kelas inklusif dimana seramai 3 orang murid
khas diserap belajar dalam kelas normal di bawah bimbingan Puan Saaniah.
Kelas PPKI SK Bandar terletak dalam sebuah bangunan
bertentangan kantin SK Bandar, bangunan ini dibahagikan kepada 6 buah bilik
iaitu terdiri dari 6 buah kelas asas yang mengandungi 6.Di bangunan ini terdapat sebuah dapur dan sebuah bangunan tandas. Hasil daripada sumbangan dan derma individu dan pertubuhan
kelas KKBI SK Bandar telah pun dilengkapai dengan beberapa peralatan untuk
kemudahan pengajaran dan pembelajaran murid-murid seperti televisyen, peti
sejuk, mesin jahit, komputer, radio, kipas angin dan peralatan fisioterapi.
No comments:
Post a Comment