PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas,
teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak
yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai
mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang
berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2)
keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4)
dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6)
dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang
diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh
berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional
Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,
sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka
tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang
bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan
peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku
atau biasa
atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas
di Malaysia dilaksanakan melalui:-
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan
Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan
Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada
dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk
belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
- Masalah
Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di
Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
sumber: http://ppdlms.edu.my/pk/
No comments:
Post a Comment