Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam blog Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bandar, Kau yang Teristimewa ini. Terima kasih diucapkan atas penghormatan yang diberikan.
Kehadiran anak-anak yang berkeperluan khas dalam masyarakat tidak seharusnya dilihat sebagai satu bebanan kepada mana-mana pihak dalam mengejar kemajuan. Sebaliknya ia harus dijadikan satu cabaran bersama bagi membawa anak-anak ini bersama-sama menikmati arus pembangunan. Malah memperlengkapkan kemudahan dan keperluan mereka hendaklah dilihat sebagai satu tanggungjawab yang harus kita tangani bersama.
Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Bandar merasa gembira kerana diberi peluang dan diberi kepercayaan untuk mendidik anak-anak yang berkeperluan khas bagi menikmati hasil kemajuan negara dalam bidang pendidikan. Sayugia dinyatakan bahawa sebagai sebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), kami adalah komited kepada mereka yang berkeperluan khas bersama-sama mencapai hasrat Wawasan 2020.
Pembinaan blog ini merupakan salah satu usaha yang baik ke arah mencapai matlamat tersebut. Akhir kata, saya berharap semua guru-guru PPKI Sekolah Kebangsan Bandar, ibu bapa dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapa menjalankan tanggungjawab dengan lancar dan mencapai matlamatnya di samping memperkukukhkan lagi sikap amalan kita sebagai masyarakat penyayang.
Sekian, terima kasih.
Haji Selamat bin Sulaiman
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar
Batu Pahat
No comments:
Post a Comment