Saturday, 22 September 2012

Kata-kata Hikmah Pada Hari Ini..




"Yesterday is a history, tomorrow is a mistery and today is a gift. That’s way it is called ‘present’.."

Siapakah insan istimewa ini?

Mereka juga dikenali sebagai kanak-kanak yang mengalami Trisomi 21. Ia merupakan gangguan genetik yang berlaku kepada kira-kira 1 daripada 800 kelahiran. Ia juga merupakan punca utama kepada kemerosotan kognitif.

Kebanyakan individu yang mengalami masalah ini mudah dikenali secara fizikal.
Ciri-ciri Kanak-kanak Sindrom Down :
> muka dan hidung yang leper
> leher yang pendek
> mulut yang kecil & lidah yang besar dan menonjol
> telinga kecil
> bintik putih pada bahagian mata yang berwarna (iris)
> tangan yang pendek dan luas dengan jari yang pendek
> hanya terdapat satu belahan pada tapak tangan
> otot yang lemah
> ligamen yang longgar
> lewat perkembangan dan pertumbuhan
> mencapai ketinggian yang purata

Monday, 17 September 2012

Apakah itu AUTISME?

(Sumber : Medical News Today, NURAL & Autism Research Institute, 17 September 2012)

Autisme dikenali sebagai ketidakupayaan perkembangan yang kompleks. Simptom ini mula dikesan sejak kanak-kanak berumur seawal 3 tahun. 

Punca :
> Ia wujud hasil daripada gangguan saraf yang memberi kesan ke atas fungsi otak yang normal sehingga menjejaskan perkembangan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial seseorang.

Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme :

Kanak-kanak Autisme dapat dikesan melalui beberapa aspek yang berikut :

  • Kemahiran Sosial
  • Empati
  • Kontak Fizikal (Sentuhan fizikal)
  • Bunyi, Bau dan Cahaya
  • Percakapan
  • Tingkah Laku Berulang
  • Obsesi
  • Tahap Pembelajaran
  • Perkembangan yang berbeza

Jenis-Jenis Masalah Yang Dihadapi Oleh Murid-murid Pendidikan Khas SK Bandar

  •  Autisme
  • Sindrom Down
  • Slow Learner
  • Hiperaktif
  • Masalah Penglihatan (Buta)
  • Masalah Bahasa dan Komunikasi
  • Cerebral Palsy

Sunday, 16 September 2012

Sambutan Hari Raya PPKI SK Bandar 2012

Bersempena dengan sambutan Syawal yang mulia ini, Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar mengadakan program marhaban ke rumah beberapa orang murid Pendidikan Khas sekolah ini. Program ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran bersosial murid-murid ini di samping memberi keseronokan kepada mereka apabila dibawa keluar bertemu masyarakat di luar.

Murid menikmati makanan yang dihidangkan di
rumah ustazah Aisyah


 Baru tiba di rumah Iman


Berehat seketika setelah menikmati hidangan di rumah
cikgu Salwa


 Doa setelah selesai marhaban


 Guru membantu Miza yang bermasalah penglihatan untuk makan


 Menikmati makanan

Semoga program-program seperti ini dapat membantu mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan sosial murid-murid khas ini. Mereka adalah tanggungjawab kita bersama.

Saturday, 15 September 2012

Misi dan Visi Program Pendidikan Khas Integrasi

Misi PPKI
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.


Visi PPKI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid-murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


UCAPAN ALU-ALUAN GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua, dapat saya memberikan sedikit ucapan alu-aluan dalam blog Pendidikan Khas  Sekolah Kebangsaan Bandar ini, Kau yang Teristimewa.


Pendidikan adalah wajib untuk semua kanak-kanak, dan sehubungan dengan itu, anak-anak dengan keperluan khas juga berpeluang mendapatkan pendidikan yang sewajarnya sama seperti kanak-kanak yang lain. Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bandar adalah merupakan suatu program yang terulung dalam daerah Batu Pahat. Kelas ini telah mula beroperasi pada 1 Julai 1996 setelah berpindah dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pendidikan Khas, Jalan Lim Poon. Pada mulanya kami hanya disediakan dengan sebuah bangunan kosong yang mempunyai empat ruang bilik dan sebuah bangunan tandas. Alhamdulillah, dengan kerjasama pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan individu, PPKI telah dapat dilengkapkan dengan berbagai-bagai kemudahan dan kelengkapan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi anak-anak dengan keperluan khas dalam kelas kami.


Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar blog ini dapat menjadi wadah yang dapat mengongsikan maklumat mengenai info-info semasa mengenai Pendidikan Khas amnya dan aktiviti-aktiviti murid-murid PendidikanKhas di Sekolah Kebangsaan Bandar amnya.


Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, guru-guru dan ibu bapa; semoga dengan usaha murni ini dapat diteruskan dengan kemajuan dan kejayaan anak-anak dengan keperluan khas dalam menghadapi keadaan global semasa.


Sekian,terima kasih.


Hajah Saniah binti Muslimin
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Bandar 

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam blog Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bandar, Kau yang Teristimewa ini. Terima kasih diucapkan atas penghormatan yang diberikan.


Kehadiran anak-anak yang berkeperluan khas dalam masyarakat tidak seharusnya dilihat sebagai satu bebanan kepada mana-mana pihak dalam mengejar kemajuan. Sebaliknya ia harus dijadikan satu cabaran bersama bagi membawa anak-anak ini bersama-sama menikmati arus pembangunan. Malah memperlengkapkan kemudahan dan keperluan mereka hendaklah dilihat sebagai satu tanggungjawab yang harus kita tangani bersama.


Sehubungan dengan itu, Sekolah Kebangsaan Bandar merasa gembira kerana diberi peluang dan diberi kepercayaan untuk mendidik anak-anak yang berkeperluan khas bagi menikmati hasil kemajuan negara dalam bidang pendidikan. Sayugia dinyatakan bahawa sebagai sebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), kami adalah komited kepada mereka yang berkeperluan khas bersama-sama mencapai hasrat Wawasan 2020.


Pembinaan blog ini  merupakan salah satu usaha yang baik ke arah mencapai matlamat tersebut. Akhir kata, saya berharap semua guru-guru PPKI Sekolah Kebangsan Bandar, ibu bapa dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dapa menjalankan tanggungjawab dengan lancar dan mencapai matlamatnya di samping memperkukukhkan lagi sikap amalan kita sebagai masyarakat penyayang.


Sekian, terima kasih.



Haji Selamat bin Sulaiman
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bandar 

Batu Pahat

Thursday, 6 September 2012

Kata-Kata Hikmah Pada Hari Ini..




"Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus." 

Sunday, 2 September 2012

Program Pendidikan Khas


PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
  • Masalah Pembelajaran
  • Masalah Pendengaran
  • Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Kata-kata Hikmah Untuk Hari Ini...


"Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."

Sejarah Penubuhan PPKI Sekolah Kebangsaan Bandar

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bandar telah ditubuhkan pada 1 Julai 1996. Pada peringkat awalnya kelas KKBP ini telah dimulakan di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Cacat Pendengaran Batu Pahat mulai tahun 1993. Kelas PPKI ini dianggotai oleh 10 orang murid dengan seorang guru iaitu En.Shuib bin Samaon. Apabila En.Shuib berpindah ke Sekolah Menengah Kolam Air, program KKBP diambil alih oleh Pn.Lim Cheat Moi. Pada tahun 1994 En. Ismail bin Hassan salah seorang guru KKBP dari SK Telok Gadong Klang telah berpindah ke SRPK Batu Pahat. Beliau telah mengambil alih program KKBP dari Puan Lim. Memandangkan bilangan murid bermasalah pembelajaran ini semakin bertambah ramai, dua orang guru lagi telah ditempatkan ke dalam program ini iaitu En.Sulaiman bin Hj.Abu  dan Cik Saniah binti Muslimin menjadikan bilangan gurunya tiga orang dengan tujuh belas orang murid.

            Oleh kerana kekurangan bilik darjah program PPKI ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bandar mulai 1 Julai 1996. Bilangan guru juga bertambah menjadi 6 orang dengan seorang guru agama khas. Selaras dengan pertambahan murid pada tahun 1997 bilangan guru bertambah menjadi 9 orang dengan murid seramai 36 orang.

            Buat masa sekarang murid dalam program  PPKI SK Bandar seramai 38 orang dengan gurunya seramai 12 orang. Murid pendidikan khas masalah pembelajaran ini dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu 2 kumpulan pelajar asas, 3 kumpulan peringkat pertengahan dan satu kumpulan lagi ialah kelas bagi murid bermasalah penglihatan. Program ini juga telah menjalankan kelas inklusif dimana seramai 3 orang murid khas diserap belajar dalam kelas normal di bawah bimbingan Puan Saaniah.

            Kelas PPKI SK Bandar terletak dalam sebuah bangunan bertentangan kantin SK Bandar, bangunan ini dibahagikan kepada 6 buah bilik iaitu terdiri dari 6 buah kelas asas yang mengandungi 6.Di bangunan ini terdapat sebuah dapur dan sebuah bangunan tandas. Hasil daripada  sumbangan dan derma individu dan pertubuhan kelas KKBI SK Bandar telah pun dilengkapai dengan beberapa peralatan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran murid-murid seperti televisyen, peti sejuk, mesin jahit, komputer, radio, kipas angin dan peralatan fisioterapi.